Thursday, December 26, 2013

2nd Post *Lack of Idea*

Hari ini seperti hari-hari sebelumnya. 

Aku yang pertama muncul di office. Hari ini nasib baik, diberikan rezeki oleh Allah s.w.t. Akak yang selalu jual nasi lemak tu dah berniaga seperti biasa.

Bila ditanya kenapa lama tak berniaga? Jawabnya, balik kampung. Mengertilah diriku bahawa akak ni balik kampung bukannya tutup perniagaannya buat selamanya hehe.

Nasi lemaknya seperti biasa sedap, alhamdulillah.

Semalam aku teramat bosan. Datang kerja namun tiada kerja yang boleh dilakukan....jika lama aku berkeadaan begini, takut tepu dan makin lembap otakku nanti.

Aku berdoa semoga aku dipertemukan dengan pekerjaan di bahagian akaun...

No comments:

Post a Comment