Wednesday, October 30, 2013

Starting Point

Blog ni dicipta khas untuk aku berkongsi pengalaman dan kisah hidup aku. Aku harap jika ada yang membaca, boleh jadikan sebagai motivasi/iktibar :)
 
Untuk entry pertama ni, aku kenalkan diri aku serba sedikit. Umur aku 24 tahun dan tinggal di Kuala Lumpur.
 
Aku bekerja di sebuah syarikat yang boleh tahan bagus, dari segi perniagaan dieorang. Tugas aku takdelah besar mana dan tidaklah sesibuk mana.
 
Dari kecil cita-cita aku untuk bekerja di bahagian perakaunan. Sejak sekolah menengah aku minat akaun dan suka buat kira-kira. Matematik pun aku enjoy.
 
Bila dapat selesaikan masalah matematik atau berjaya mengimbangkan akaun, itulah saat paling happy.
 
Dalam hidup aku, aku tak banyak pilihan. Aku sentiasa terpaksa melakukan sesuatu yang aku tak suka atau tak enjoy.
 
Terlalu banyak kekecewaan dan kesedihan yang aku pendam diam-diam dalam hati. Terkadang aku rasakan hati aku hancur dan mati. Aku hanya meneruskan hidup tanpa ada perasaan. Macam zombie.
 
Aku gagal bertahan dengan pekerjaan di bahagian perakaunan seperti yang aku impikan. Aku tak tahu kenapa, sampai sekarang aku menyesal setiap saat bila mengenangkan kesilapan yang aku lakukan sebelum ini.

But past is past. Aku cuba meneruskan hidup dengan azam dan impian yang baru iaitu untuk bekerja dengan rajin dan baik. Dengan harapan dapatlah banyak pengalaman dan gaji akan naik... #sigh 
 
 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment